Friday, October 11, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jue Aziz mahu segera hamil

    Sedar umur semakin meningkat, pelakon Jue Aziz tetap berusaha dan enggan berputus asa untuk memiliki zuriat.

    Selain kebahagian untuk diri dan suami iaitu Ridwan, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 41, berkata dia ingin segera memiliki cahaya mata kerana mahu merealisasikan impian ibunya.

    “Buat masa sekarang, saya sedang dalam proses mencuba untuk hamil (TTC), memang tak tunggu lama sebab emak saya pun bukan sihat mana.

    “Mak selalu cakap dia teruja untuk saya ada anak sendiri, dia sekarang pun sedang sakit, saya pun risau takut apa-apa terjadi.

    “Sebab itu saya kahwin cepat-cepat sebab saya mahu luangkan masa banyak bersama mak, jadi senang untuk kemana-mana,” katanya kepada mStar.

    Jue ingin merealisasikan impian ibunya untuk menimang cahaya mata. – mStar

    Jue berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media filem Miftah Alam di Pawagam Mini P Ramlee, Finas, kelmarin.

    Tambah aktres itu, pelbagai cara sudah dilakukan termasuklah meminta orang ramai mendoakan agar impiannya itu terlaksana.

    “Saya tidak pernah segan minta doa daripada sesiapa untuk cepat hamil sebab dulu saya tunggu lama tapi tidak berjaya.

    “Sekarang saya memang gigih periksa waktu subur dan sesuai hamil sebab saya sudah 41 tahun, kalau lambat takut mak tak sempat tengok.

    “Itu yang saya sedih sebab saya seorang sahaja dalam adik-beradik yang tidak ada anak. Ada sekarang ini pun anak angkat,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda