Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Julia Farhana, Che Hafiz temu janji di masjid

    Pelakon Julia Farhana Marin, 29, mendedahkan pernah diajak ‘dating’ di masjid oleh suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum ketika mula perkenalan.

    Biarpun terkejut dengan ajakan suaminya itu, namun akui Julia, sifat Che Hafiz yang mengutamakan agama itulah yang membuatkan dia terpikat.

    “Beberapa minggu selepas kami berkenalan, dia pernah ajak saya pergi ke masjid di Shah Alam.

    “Ketika itu, saya terkejut dan pelik. Sejujurnya, saya degil. Tetapi sifatnya yang mengutamakan suruhan agama berjaya melembutkan hati saya untuk terima pelawaannya.

    “Namun, saya tahu sudah menjadi rutin dirinya yang suka solat berjemaah.

    Julia menyifatkan suaminya, Che Hafiz mengutamakan agama dan ia membuatkan hatinya terpikat. – Agensi

    “Hingga hari ini, jika kami ada masa terluang, kami pergi ke masjid bersama-sama,” katanya ditemui pada majlis pelancaran pelancaran lagu tema filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang berjudul Yes Sir di Stesen Udara Maritim, Subang, Selasa lalu.

    Majlis pelancaran lagu dendangan Zamani dan Arif Peter itu disempurnakan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana (M) Datuk Mohd Zubir Mat Som.

    Julia antara pelakon yang terbabit dalam filem arahan Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau Pitt Hanif itu.

    Julia yang berdarah kacukan Melayu-Itali menambah, berikutan dia dan suami berasal daripada latar belakang dan budaya berbeza, Che Hafiz banyak membimbingnya terutama selepas mendirikan rumah tangga.

    “Hafiz banyak membimbing dan mengajar saya mengenai agama dengan membelikan buku amalan Islam.

    “Cuma saya katakan kepadanya bahawa saya masih belum bersedia bertudung atau menjadi isteri sempurna. Namun, saya berusaha ke arah itu,” ujar pelakon drama rantaian Syurga Untukmu dan Single Terlalu Lama ini.

    Disember lalu, Julia menerusi hantaran Instagram (IG) mengumumkan sudah bernikah dengan Che Hafiz. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...