Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Julian Alvarez lanjutkan kontrak setahun

    MANCHESTER, ENGLAND, 17 MAC – Penyerang Manchester City, Julian Alvarez menandatangani kontrak lanjutan selama setahun semalam untuk kekal bersama kelab Liga Perdana itu sepanjang musim 2027-28.

    Alvarez, berusia 23 tahun, yang membantu Argentina memenangi Piala Dunia, telah menjaringkan 10 gol dalam 33 penampilan pada musim pertamanya di Manchester.

    “Saya sangat gembira dengan musim pertama saya di sini, tetapi banyak lagi yang boleh saya lakukan.

    “Saya tahu saya boleh menjadi lebih baik, dan City menawarkan segala yang saya perlukan untuk memenuhi potensi saya,” kata Alvarez dalam satu kenyataan kelab.

    Dia menyertai City pada musim panas lalu dari River Plate dalam perjanjian sepanjang musim 2026-27.

    Namun terma dan syarat kewangan tidak didedahkan.

    Alvarez menjaringkan empat gol untuk Argentina dalam kempen perlawanan mereka yang memenangi Piala Dunia di Qatar.

    “Kemajuannya setakat ini benar-benar memuaskan, tetapi kami kini fokus sepenuhnya untuk meningkatkan tahap permainannya dan menjadikannya sebagai salah seorang penyerang terbaik dalam bola sepak dunia,” kata pengarah bola sepak City, Txiki Begiristain. – AP

    Julian Alvarez semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di stadium Selhurst Park, London, Sabtu lalu. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...