Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Juliana akui berlakon membahagiakannya

    Pelakon Malaysia, Che Puan Juliana Evans, 33, tidak pernah terfikir untuk meninggalkan dunia seni, meskipun ramai beranggapan dia sudah tidak perlu berlakon kerana status yang dimiliki.

    Juliana berkata, dia membesar dalam dunia seni dan berlakon merupakan antara perkara yang membahagiakannya, selain menikmati kehidupan bersama keluarga tercinta.

    “Saya tidak boleh berhenti berlakon. Seluruh hidup saya habiskan dalam dunia seni. Saya bermula sejak kecil, jadi untuk tiba-tiba berhenti berlakon, itu mustahil.

    “Menerusi dunia seni, saya menimba ilmu dan matang dengan pengalaman. Saya tidak boleh lepaskan semua ini. Berlakon buat saya bahagia dan gembira.

    “Masa kita berkurung kerana pandemik COVID, saya cuba untuk merehatkan diri daripada dunia seni. Tetap, bosan juga sebenarnya. Saya pula jenis yang sukakan cabaran,” katanya.

    Juliana berkata dia sudah mula kembali aktif berlakon menerusi penglibatan dalam drama bersiri dan telemovie selepas berehat hampir empat tahun. – Agensi

    Ibu kepada Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 4, itu ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Cikgu vs Hantu yang merupakan arahan pertama sahabat baiknya, Liyana Jasmay.

    Juliana yang membawakan watak Cikgu Syima bergandingan dengan pelakon hebat lain antaranya Datuk Afdlin Shauki, Khir Rahman dan Zahiril Adzim.

    Dalam pada itu, Juliana berkata, dia sudah mula kembali aktif berlakon menerusi penglibatan dalam drama bersiri dan telemovie selepas berehat hampir empat tahun.

    “Sekarang, saya sudah mula memilih naskhah yang dirasakan lebih mematangkan saya dalam industri. Boleh pilih skrip dan menyusun masa dengan baik.

    “Untuk filem Cikgu vs. Hantu ini, semestinya Liyana adalah sebab utama saya terima tawaran. Tetapi, karakter Cikgu Syima juga menarik dan berbeza,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...