Aktres jelita, Juliana Evans berjaya melakar sejarah apabila tersenarai antara individu paling berjaya di Malaysia oleh buku ensiklopedia Britishpedia terbitan British Publishing House, tahun lalu.
Juliana, 33, menyifatkan ia satu pengiktirafan dan hadiah paling bermakna sempena pembuka tirai 2022.
Namun, pelakon filem Hantu Bonceng dan Pulang itu terkejut apabila mengetahui namanya tersenarai dalam kelompok individu paling berjaya sebaris nama besar seperti bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam ensiklopedia berkenaan.
Juliana berkata, dia bersyukur atas pengiktirafan diterima di sebalik ujian pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia sejak dua tahun lalu.
āIni satu pencapaian terbaik apabila tersenarai antara individu paling berjaya di Malaysia, tahun lalu. Sejujurnya, saya lebih banyak bekerja dari rumah menerusi perniagaan diusahakan, Jevans Jewelry sepanjang pandemik ini.
āPeluang ini membolehkan saya bekerja sambil menguruskan rumah tangga dengan baik. Dapat juga melihat anak, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia tiga tahun membesar depan mata,ā katanya kepada wartawan.
Katanya, dia hilang kata-kata apabila menerima e-mel daripada British Publishing House pada November, tahun lalu.
āSaya anggap pengiktirafan ini pembakar semangat menyebarkan aura positif dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakar kejayaan.
āBuku ini seperti kamus, tetapi, menyenaraikan wajah-wajah individu berjaya disertakan dengan biodata, kerjaya dan pencapaian hidup. Ia seperti biografi pendek mengenai seorang individu. Selepas ditanya, buku ensiklopedia Britishpedia hanya boleh didapati di perpustakaan awam sahaja,ā katanya. – Agensi
