Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Julie Andrews pertimbangkan watak nenek dalam Princess Diaries 3

    Sudah pasti ramai peminat tidak sabar menantikan filem Princess Diaries 3 yang masih belum ada sebarang pengumuman mengenai pembikinan dan tayangan.

    Bagaimanapun, pemegang watak nenek kepada Ratu Genovia iaitu Julie Andrew berkata dia masih belum ada kata putus untuk menyertai filem itu buat kali ketiga.

    Menurut Julie, dia tidak tahu jika dirinya masih sesuai untuk memegang watak sebagai nenek memandangkan usia sudah mencecah 86 tahun.

    “Saya tak tahu, saya rasa saya adalah satu-satunya. Mungkin dia (Anne Hathaway) masih okey, tapi saya terlalu tua untuk menjadi seorang nenek, saya tak tahu,” katanya.

    The Princess Diaries lakonan Anne Hathaway yang memegang watak sebagai Mia iaitu Ratu Genovia itu ditayangkan pada 2001 dan 2004.

    Dalam pada itu, Julie memberitahu dia akan pertimbangkan jika jalan cerita filem tersebut menampilkan kelainan.

    “Bergantung juga kepada jalan cerita dan kalau mereka boleh cipta sesuatu, ia akan menjadi lebih menarik, tapi kalau tidak, akan jadi lain,” ujarnya. – Agensi

    Julie Andrew masih mempertimbangkan memegang watak nenek dalam filem tersebut. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...