Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumanji kekal menerajui carta Box Office

    FILEM keluaran Sony, Jumanji, Welcome to The Jungle masih lagi menerajui carta-carta filem Box Office pada minggu ini dengan memperolehi sekitar AS$29 juta dari 3,849 pawagam hanya di Amerika Syarikat walaupun kemasukan filem terbaru seperti The Post, Paddington 2, Proud Mary dan juga The Commuter.

    Filem keluaran dari Fox Filem, The Post telah memimpin keluaran filem baru dan berada di tempat kedua dan telah disiarkan sekitar 2,819 pawagam di Amerika Utara dan berupaya memperolehi sekitar AS$21 juta.

    Manakala filem keluaran Lionsgate, The Commuter berada di kedudukan ketiga dengan memperolehi sekitar AS$14 juta daripada 2,892 pawagam dan berada dikedudukan keempat, The Greatest Showman dan The Last Jedi masing-masing memperolehi sekitar AS$13.5 juta.

    Manakala pada kedudukan yang seterusnya, filem keluaran Warner Bros, Paddington 2 bersaing dengan Insidious : The Last Key untuk kedudukan yang kelima dengan masing-masing memperolehi sekitar AS$13 juta.

    Berada di kedudukan yang keenam, Proud Mary memperolehi sekitar AS$12 juta daripada 2,125 pawagam di seluruh Amerika Syarikat.

    Filem Jumanji yang dibintangi oleh Dwayne Johnson dan Kevin Hart telah berjaya mengejutkan Sony sejak pelancarannya pada 20 Disember yang lalu dan terus kekal berada di tempat pertama carta Box Office minggu ini.
    Filem terbaru lakonan Tom Hanks dan Meryl Streep dijangka akan memberikan saingan hebat terhadap filem Jumanji.
    Liam Neeson selaku watak utama dalam The Commuter berperanan sebagai seorang ahli perniagaan yang telah terjebak dalam konspirasi jenayah ketika naik kereta api ke rumahnya.
    Antara aksi seram yang dipaparkan dalam filem Insidious : the Last Key dan masih diminati oleh orang ramai di seluruh dunia.

    Filem Jumanji yang dibintangi oleh Dwayne Johnson dan Kevin Hart telah berjaya mengejutkan Sony sejak pelancarannya pada 20 Disember yang lalu dan secara purata telah berjaya mengumpul sebanyak AS$300 juta di peringkat antarabangsa dan AS$12 juta pada hari pertama tayangannya di China. Manakala filem seterusnya, The Post telah berjaya meraih sekitar AS$4.3 juta dalam tempoh dua minggu selepas ia dilancarkan.

    Situasi filem seterusnya

    Bintang utama filem berkenaan, Tom Hanks memegang watak sebagai editor Washington Post, Ben Bradlee dan Meryl Streep sebagai penerbit, Katharine Graham. Lembaga Penilaian Kebangsaan meletakkan filem ini sebagai sebuah filem yang terbaik pada tahun 2017 namun ia telah ditolak setelah dicalonkan untuk Guild Directors dan Writers Guild. The Post mempunyai 88 peratus prestasi nilai dari Rotten Tomatoes.

    The Commuter yang dibintangi oleh Liam Neeson sebagai seorang ahli perniagaan telah terjebak dalam konspirasi jenayah ketika naik kereta api ke rumahnya.

    Filem itu walau bagaimanapun telah berjaya meraih sekitar AS$4.6 juta dan telah menerima Cinema Score B dan penilaian Rotten Tomatoes sekitar 55 peratus.

    Filem ini memulakan perkongsian jangka panjang antara Lionsgate dan StudioCanal yang akan diteruskan dengan filem Early Man dan Shaun The Sheep Movie 2.

    Warner Bros selaku pengeluar filem Paddington 2, filem sekuel yang memaparkan akan watak seorang beruang British yang melalui pelbagai konflik dan kronologi yang hebat ketika berada di London. Paddington 2 telah berjaya memperolehi sekitar AS$125 juta di peringkat antarabangsa dan telah mendapat penilaian sebanyak 100 peratus dari Rotten Tomatoes.

    Pengeluar Sony telah mengeluarkan filem seterusnya, Proud Mary yang memaparkan watak utama Taraji P.Henson dan melakonkan seorang watak wanita yang bekerja untuk sebuah keluarga jenayah terancang di Boston dan kehidupannya telah berubah apabila dia bertemu dengan seorang budak lelaki selepas apa yang dirancang tidak berhasil. Filem itu turut dibintangi oleh Billy Brown, Jahi Di’Allo Winston dan Danny Glover. Manakala filem Star Wars : The last Jedi telah memperolehi sekitar AS$582 juta dalam tempoh empat minggu dan kini berada di kedudukan paling tinggi sepanjang masa di belakang The Avengers pada tahun 2012 iaitu sekitar AS$623 juta.

    The last Jedi mendahului The Fate of The Furious dengan kutipan AS$1.238 bilion untuk tempat ke-11 pada senarai tertinggi di seluruh dunia.

    Filem keluaran The Greatest Showman telah mengambil lebih dari AS$85 juta secara domestik dalam masa 24 hari pelancarannya namun filem ini masih menunjukkan peningkatan setelah ditayangkan di 300 buah pawagam di Amerika Syarikat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda