SINGAPURA, 13 MAC – Jawatankuasa Semakan Persempadanan Pilihan Raya Singapura mengesyorkan 31 bahagian pilihan raya bagi Pilihan Raya Umum negara itu di masa akan datang, dengan Ahli Parlimen berjumlah 93 orang.
Ketika ini Ahli Parlimen Singapura yang dipilih berjumlah 89. Bahagian berkenaan terdiri daripada 14 kerusi kawasan Pilihan Raya Kerusi Tunggal (SMC) dan 17 kerusi kawasan Pilihan Raya Kumpulan Perwakilan (GRC), menurut jawatankuasa itu menerusi ‘White Paper’ yang dikeluarkannya hari ini. – Bernama