PHNOM PENH, 12 JULAI – Jumlah dagangan Kemboja dinilai pada AS$27.2 bilion pada separuh tahun pertama 2022, meningkat sebanyak 20 peratus daripada AS$22.6 bilion berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu, menurut laporan rasmi yang dikeluarkan hari ini.
Sementara itu, jumlah eksport negara berkenaan bernilai AS$11.37 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, meningkat sebanyak 33.9 peratus tahun ke tahun, dan jumlah import telah mencecah AS$15.86 bilion, meningkat sebanyak 11.9 peratus, kata laporan Jabatan Kastam dan Eksais.
China adalah rakan kongsi dagangan terbesar Kemboja, diikuti oleh Amerika Syarikat (AS), Vietnam, Thailand dan Singapura, kata laporan itu, menambah jumlah dagangan China-Kemboja mencecah AS$5.98 bilion, peningkatan sebanyak 19.7 peratus.
Pertumbuhan yang ketara itu disebabkan kadar vaksinasi Kemboja yang tinggi, pemeteraian perjanjian perdagangan dan projek mempelbagaikan pasaran. – Xinhua