Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Jumlah dagangan Malaysia naik 43.4%

    KUALA LUMPUR, 20 JULAI – Jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua angka sebanyak 43.4 peratus tahun ke tahun pada Jun tahun ini, mencapai paras tertinggi sebanyak RM270.4 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

    Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata eksport meningkat 38.8 peratus tahun ke tahun kepada RM146.2 bilion pada Jun 2022, berkembang untuk bulan ke-22 berturut-turut sejak September 2020 manakala import meningkat 49.3 peratus tahun ke tahun kepada RM124.2 bilion.

    Beliau berkata pertumbuhan eksport dipacu oleh prestasi memberangsangkan dalam eksport domestik dan eksport semula.

    “Eksport domestik bernilai RM110.6 bilion, mewakili 75.7 peratus bahagian daripada jumlah eksport Malaysia, berkembang kukuh sebanyak 30.6 peratus, tahun ke tahun, manakala eksport semula mencatatkan RM35.6 bilion, meningkat 72.2 peratus.

    “Memandangkan import berkembang lebih pantas daripada eksport, lebihan dagangan menyusut sebanyak 0.8 peratus kepada RM21.9 bilion, menandakan lebihan dagangan bulan ke-26 berturut-turut sejak Mei 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Mohd Uzir berkata 189 daripada 252 kumpulan komoditi dalam eksport menunjukkan peningkatan berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya dan ia diterajui oleh injap dan tiub termionik. Bagi import pula, 198 daripada 259 kumpulan mencatatkan pertumbuhan positif. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...