Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Jumlah jangkitan harian COVID tidak lagi dikongsi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa bermula 22 Jun, jumlah kes baharu dan kes aktif harian tidak akan dikongsi memandangkan negara sudah menamatkan Fasa Awal Endemik.

    Perkongsian papan penyata mengenai situasi COVID negara dari Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan hari ini hanya menunjukkan 1 kes dalam kategori 4 dan satu lagi dalam kategori 5. Manakala itu, sebanyak 505 kes telah sembuh, menjadikan angka kumulatif sembuh sebanyak 154,392 kes.

    Mengenai perkembangan vaksinasi COVID di negara ini, sebanyak 72.2 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah mendapatkan dos kedua vaksin.

    Sementara itu, sebanyak 72.5 peratus rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan tiga dos vaksin setakat ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -