Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jumlah jangkitan harian tunjuk peningkatan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JAN – Sebanyak 27 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dicatatkan di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 15,577 orang.

    Daripada jumlah kes baharu tersebut, 24 adalah kes tempatan dan tiga lagi adalah kes import, menurut Kementerian Kesihatan melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, pada hari ini.

    Jumlah kes baharu itu adalah hasil daripada 2,376 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu, oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 1.1 peratus.

    Menurut kementerian itu lagi, dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes yang berada dalam kategori 4 dan 5.

    Lapan kes pula telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 15,345 kes dengan 130 kes aktif.

    Sementara itu, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 3.0 peratus.

    Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.6 peratus dan 93.6 peratus telah menerima dua dos manakala itu, 26.6 peratus telah menerima tiga dos.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...