Monday, November 11, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah kelahiran di Malaysia berkurangan 2.8 peratus pada suku ketiga 2023

    PUTRAJAYA, 7 NOV – Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan 2.8 peratus kepada jumlah 110,354 kelahiran pada suku ketiga tahun ini berbanding 113,506 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun lepas, menurut Perangkaan Demografi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM), hari ini.

    Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata jumlah kelahiran anak damit lelaki melebihi perempuan dengan 57,260 kelahiran berbanding 53,094 kelahiran anak damit perempuan.

    “Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi dengan 20,648 kelahiran, manakala Labuan merekodkan jumlah terendah dengan 375 kelahiran,” katanya.

    Sementara itu beliau berkata 46,646 kematian direkodkan pada suku ketiga 2023, penurunan 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas dengan 51,841 kematian.

    “Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 7,217 kematian manakala Putrajaya terendah dengan 72 kematian,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda