Jumlah kematian sehari akibat COVID-19 cecah 221

TEHRAN, 9 JULAI – Iran melaporkan jumlah kematian sehari tertinggi baharu sekitar 221 akibat koronavirus hari ini, selepas berminggu-minggu jumlah meningkat di negara Timur Tengah yang teruk dilanda itu.

“Malangnya dalam tempoh 24 jam kami telah kehilangan 221 rakan kami akibat penyakit COVID-19,” kata jurucakap wanita Kementerian Kesihatan, Sima Sadat Lari kepada sidang berita di televisyen. “Jumlah kematian kini telah mencecah 12,305.”

“Jumlah kes baharu dikenal pasti sejak kelmarin adalah 2,079,” kata Lari, membawa jumlah keseluruhan jangkitan kepada 250,458. – AFP