Jumlah kes COVID-19 di India meningkat

NEW DELHI, 23 SEPT – Jumlah kes COVID-19 di India meningkat kepada 33,563,421 hari ini berikutan 31,923 kes baharu didaftarkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam, menurut data terkini kementerian kesihatan persekutuan.

Sebanyak 282 kematian dicatatkan sejak pagi Rabu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik kepada 446,050.

Sebilangan besar kes dan kematian baharu dilaporkan di Kerala. Masih terdapat 301,640 kes aktif di negara ini meskipun terdapat penurunan sebanyak 349 kes aktif sepanjang 24 jam lalu. – Bernama