Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Jumlah kes harian COVID-19 catat peningkatan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Jumlah jangkitan COVID-19 terus meningkat di Negara Brunei Darussalam dengan 82 kes baharu telah dicatatkan pada hari ini, dengan 71 kes tempatan dan 11 kes import.

    Kes baharu berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini kepada 16,558 orang.

    Kementerian Kesihatan melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini, menjelaskan bahawa jumlah kes baharu itu adalah hasil daripada 3,872 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 2.1 peratus.

    Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tiada kes berada dalam kategori 4 dan 5.

    Sementara itu, 44 kes pula telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 15,964 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 492 kes.

    Kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate pula adalah sebanyak 10.2 peratus.

    Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.8 peratus, 94 peratus menerima dua dos dan 40.5 peratus telah menerima tiga dos.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...