Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Jumlah kes harian COVID catat penurunan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Sembilan kes kini dalam kategori 4 dan satu kes berada dalam kategori 5 menjadikan jumlah kes dalam kedua-dua kategori ketika ini ialah 3.8 peratus dari keupayaan rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

    “Manakala itu, sebanyak 756 kes baharu telah dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 129,837 kes,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi.

    Daripada jumlah kes baharu tersebut, 664 adalah hasil ujian ART yang telah dimuat naikkan ke aplikasi BruHealth manakala 92 adalah dari hasil 1,448 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    “Sementara itu, 1,581 kes telah disahkan sembuh hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 120,561 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 9,076 kes.

    “Pada masa ini, kadar pengisian katil di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 3.8 peratus.

    “Dalam pada itu, 139 kes aktif sedang menerima rawatan di pusat-pusat pengasingan dan hospital-hospital, manakala seramai 8,937 kes positif kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” terang Yang Berhormat Dato.

    Sehingga kelmarin, 24 Mac, Yang Berhormat Dato mengongsikan, pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan bagi mereka yang menerima tiga dos vaksin ialah 60.5 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...