Jumlah kes harian di Sarawak menurun

KUCHING, 11 OKT – Jumlah jangkitan harian COVID-19 di Sarawak menunjukkan penurunan apabila hanya 1,037 kes dilaporkan hari ini berbanding 2,413 pada 1 Oktober lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, sebanyak 1,018 adalah tidak bergejala dan gejala ringan manakala hanya 19 kes melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen serta ventilator.

Kuching kekal merekodkan jangkitan harian tertinggi dengan 191 kes diikuti Miri (175), Sibu (112), Sri Aman (61), Bintulu (57), Limbang (38), Pusa (36), Mukah (33), Serian dan Saratok (30), Lawas (29), Betong (24), Kanowit (23), Sarikei (22), Bau (21) dan kawasan lain sebanyak 154. – Bernama