Jumlah kes kekal 143

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Tiada kes jangkitan baharu COVID-19 di negara ini setakat jam 12 tengah hari, mengekalkan jumlah kes sebanyak 143 dan hanya satu kes masih aktif.

Menurut kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan yang diterima di sini hari ini, sejumlah 609 orang lagi sedang menjalani pengasingan diri mandatori, dengan 4,609 sudah pun menamatkan tempoh pengasingan diri sejak Mac 2020.

Dalam pada itu, sebanyak 337 sampel diuji bagi virus SARS-CoV-2 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan ujian sampel sejak Januari kepada 49,856.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.