Jumlah korban banjir Brazil meningkat 44

BRASILIA, 29 MEI – Hujan lebat membadai timur laut Brazil sejak Selasa telah mengakibatkan 44 orang maut manakala 56 lagi hilang, kata kerajaan hari ini dalam kemas kini jumlah korban.

“Kami telah merekodkan 44 maut, 56 hilang, 25 cedera, 3,957 lagi tanpa perlindungan manakala 533 dipindahkan,” kata Menteri Pembangunan Serantau, Daniel Ferreira memberitahu sidang media di Recife, bandar timur laut negeri Pernambuco.

“Dari Rabu lalu hingga Sabtu, lebih puluhan kematian telah direkodkan di negara itu,” kata Pertahanan Awam dalam satu kenyataan.

Kejadian paling dramatik berlaku pagi Sabtu apabila 19 orang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di komuniti Jardim Monteverde, sempadan antara bandar negeri Recife dan perbandaran Jaboatao dos Guararapes.

Enam yang lain terbunuh dalam tanah runtuh lain di perbandaran Camaragibe. Dua mati di Recife manakala satu lagi di Jaboatao.

Lima yang lain meninggal dunia pada minggu tersebut, menurut Pertahanan Awam.

Hujan lebat juga memaksa hampir 1,000 orang meninggalkan rumah mereka disebabkan banjir dan tanah runtuh. – AFP