Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah korban jiwa bas dibom meningkat 74

    BEIRUT, 12 Mac – Jumlah mangsa terkorban akibat pengeboman kembar yang menyasarkan jemaah Syiah di pusat Damsyik telah meningkat kepada 74 orang, kata pemantau hari ini.

    Kalangan mangsa dalam letupan kelmarin itu adalah 43 jemaah Iraq yang datang ke bandar Syria untuk melawat tapak suci Syiah di Bandar Lama terkenal Damsyik, menurut Badan Pemantau Hak Asasi Kemanusiaan Syria.

    Pemantau berpangkalan di Britain itu berkata 11 orang yang lalu lalang bersama lapan kanak-kanak antara mereka yang terkorban, serta 20 anggota pasukan keselamatan prokerajaan.

    Ketua Badan Pemantau, Rami Abdel Rahman memberitahu AFP yang bom tepi jalan itu meledak ketika sebuah bas membawa jemaah yang membuat perjalanannya ke kawasan Bandar Lama, Bab al-Saghir sebelum pengebom nekad meletupkan dirinya.

    Anggota forensik Syria memeriksa bas yang musnah di tempat kejadian akibat serangan pengeboman berkembar yang menyasarkan jemaah Syiah di Bandar Lama, Damsyik pada 11 Mac. – AFP
    Anggota forensik Syria memeriksa bas yang musnah di tempat kejadian akibat serangan pengeboman berkembar yang menyasarkan jemaah Syiah di Bandar Lama, Damsyik pada 11 Mac. – AFP

    Televisyen kerajaan Syria kelmarin memberi jumlah mangsa terkorban kepada 40 orang manakala seramai 120 mangsa cedera akibat ‘dua bom yang diletupkan oleh pengganas’.

    Kementerian luar negeri Iraq berkata kira-kira 40 daripada rakyatnya telah terkorban.

    Sejauh ini, belum ada yang mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda