Tuesday, August 9, 2022
22.7 C
Brunei

Jumlah korban nahas bot Madagascar meningkat 85

-

ANTANANARIVO, 23 DIS – Kemalangan bot di luar persisiran Madagascar minggu ini telah meragut 85 nyawa, kata pegawai maritim hari ini, selepas menemukan 21 mayat lagi pada hari sebelumnya.

Menurut mereka sejumlah 138 orang telah menaiki bot kayu berukuran 12 meter panjang, yang tenggelam berdekatan dengan persisiran pulau timur laut pada Isnin lalu.

Seramai 50 orang telah berjaya diselamatkan, kebanyakannya berada di hujung perahu apabila dijumpai sementara tiga lagi masih dilaporkan hilang, kata mereka.

“Jumlah kematian kekal kepada 85 nyawa, dengan 21 mayat telah dijumpai” kelmarin, kata jeneral polis, Zafisambatra Ravoavy kepada AFP.

Kematian tersebut termasuk lima orang kanak-kanak.

Kapal tersebut jenis bot kargo tidak ada kelulusan untuk membawa penumpang tetapi telah berlepas menuju ke kampung Antseraka ke Soanierana-Ivongo, hampir 100 kilometer ke selatan, kata penyiasat.

Selepas mengalami kerosakan pada enjin, bot berkenaan telah dihanyutkan ombak ke kawasan terumbu karang, yang kemudian karam, menurut kenyataan Adrien fabrice Ratsimbazafy, dari Agensi Pelabuhan Sungai dan Maritim (APMF).

Datuk Bandar Soanierana-Ivongo, Alban Menavolo berkata, barang persendirian, kad pengenalan dan wang telah dijumpai oleh pasukan penyelamat.

“Kebanyakan penumpang ialah pekerja bermusim, dari kawasan luar bandar,” katanya kepada AFP.

“Mereka pergi untuk menuai cengkih dan akan pulang kepada keluarga mereka dengan duit yang diperoleh bagi menyambut perayaan hujung tahun,” katanya.

Dua lagi masih dilaporkan hilang dari helikopter milik polis yang terhempas semasa pencarian mangsa terselamat. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -