Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Jumlah mangsa banjir Sabah, Sarawak menurun

    KUALA LUMPUR, 24 SEPT – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak menurun sedikit malam ini berbanding pagi tadi.

    Di Sarawak, situasi banjir yang melanda daerah Limbang beransur pulih dengan hanya 12 mangsa daripada empat keluarga masih berada di PPS Dewan Serbaguna Buluh Balui setakat jam 8 malam ini berbanding 33 orang pagi tadi.

    Di Sabah, mangsa banjir di Beaufort menurun kepada 224 mangsa daripada 70 keluarga malam ini berbanding 231 daripada 73 keluarga petang tadi.

    Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan kesemua mangsa banjir dari lima kampung di Beaufort itu ditempatkan di PPS Dewan Selagon sejak semalam susulan banjir berikutan hujan lebat berterusan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...