KUALA LUMPUR, 24 Jan – Dua lagi mayat telah dihanyutkan ke pesisir pantai Malaysia hari ini selepas sebuah bot yang dipenuhi dengan penghijrah haram Indonesia, karam kelmarin dengan meningkatkan jumlah kematian kepada 12 orang manakala 25 lagi dikhuatiri masih hilang.
Mayat berkenaan ditemui di pantai Tanjung Leman berhampiran tenggara bandar Mersing, kata Saiful Lizan Ibrahim, ketua Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Pasukan keselamatan menemui dua mayat lelaki – dipercayai warga Indonesia,” katanya, menambah bahawa pencarian di laut telah ditangguhkan akibat cuaca buruk.
Bot itu dipercayai membawa sekitar 40 penghijrah haram Indonesia apabila ia karam di lautan ganas luar Mersing. – AFP