Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah mangsa tertimbus salji meningkat kepada 20 orang

    SRINAGAR, India, 27 Jan – Pasukan penyelamat hari ini mengeluarkan empat lagi mayat tentera India yang tertimbus di bawah bertan-tan salji di Kashmir, menjadikan angka kematian daripada siri-siri runtuhan salji kepada 20 orang, menurut pihak ketenteraan.

    Bencana melanda pos tentera dan rondaan di sepanjang sempadan de facto yang membahagi wilayah bertikai dengan Pakistan Rabu lalu.

    Kesemua sebelas anggota peronda yang sedang menghampiri pos sempadan di sepanjang Garisan Kawalan (LoC) terkorban.

    “Empat lagi mayat ditemui hari ini. Tidak sesiapa pun yang hilang,” jurucakap tentera, Kolonel Rajesh Kalia memberitahu AFP.

    Satu lagi kejadian turunan salji berasingan di kawasan terpencil sama, Gurez telah menimbus tiga orang lagi anggota tentera di pos tentera.

    Askar-askar India membersihkan salji dari kenderaan mereka yang terkandas berhampiran kem pangkalan di Gulmarg, kira-kira 55km dari barat laut Srinagar, Kashmir yang dikawal India pada 27 Januari. – AP
    Askar-askar India membersihkan salji dari kenderaan mereka yang terkandas berhampiran kem pangkalan di Gulmarg, kira-kira 55km dari barat laut Srinagar, Kashmir yang dikawal India pada 27 Januari. – AP

    Mayat 10 orang tentera ditarik keluar dari salji kelmarin.

    Berpuluh-puluh tentera India dan Pakistan terbunuh akibat runtuhan salji hampir setiap musim sejuk di sepanjang LoC.

    Kashmir yang ditadbir India telah menyaksikan salah satu musim sejuk paling teruk dalam beberapa dekad ini, dengan salji lebat di seluruh wilayah dan suhu jatuh ketujuh darjah Celsius.

    Empat ahli keluarga terbunuh Rabu lalu di kawasan sama apabila rumah mereka dilanda runtuhan salji. Seorang mangsa terselamat. Seorang tentera juga terbunuh di kawasan Sonmarg apabila sebuah kem dilanda runtuhan salji.

    Semalam seorang lelaki berusia 60 tahun terkorban apabila dia ditimbus salji ketika dia melangkah keluar dari rumahnya di cerun berbukit di barat laut Uri berhampiran LoC, menurut seorang pegawai polis. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda