Jumlah migran seberang sempadan AS meningkat

WASHINGTON, 13 Sept – Pentadbiran Trump menggesa undang-undang imigresen yang lebih ketat semalam, selepas data baharu menunjukkan lebih banyak keluarga migran didapati menyeberangi sempadan Mexico ke Amerika Syarikat (AS) secara haram.

Data Peronda Sempadan menunjukkan jumlah tangkapan keluarga yang secara haram memasuki AS di sempadan selatan negara itu telah melonjak 38 peratus pada Ogos, meskipun usaha Presiden Donald Trump untuk menumpaskan bilangan itu semakin giat dijalankan.

Seramai 12,774 penduduk merentasi sempadan itu ketika ahli keluarga ditahan bulan lalu, angka terbanyak daripada sebelum ini bagi bulan Ogos.

Jumlah itu melonjak selepas mahkamah mengarahkan pentadbiran AS menghentikan dasar memisahkan kanak-kanak migran daripada ibu bapa mereka untuk jangka masa lama, amalan yang memaksa beratus-ratus kanak-kanak ditahan di dalam kem kerajaan AS tanpa keluarga mereka selama berbulan-bulan.

Kumpulan hak asasi dan pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah berluang kali menyelar tindakan itu sebagai penganiayaan terhadap kanak-kanak.

Tetapi pada minggu lalu didapati lebih 400 kanak-kanak masih ditahan berasingan dengan ibu bapa mereka lebih daripada tempoh dibenarkan iaitu 20 hari.

Pada minggu lepas pentadbiran Donald Trump mengumumkan akan menghapuskan had 20 hari itu, bertujuan mewujudkan halangan lebih ketat kepada imigresen haram.

“Angka Migran Sempadan Barat Daya bagi bulan Ogos menunjukkan dengan jelas bahawa aliran penghijrahan bertindak balas terhadap jurang dalam rangka kerja undang-undang negara kita,” kata jurucakap Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Tyler Houlton, yang mengawasi agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan AS.

“Penyeludup dan peniaga memahami undang-undang imigresen kita yang lebih baik dan tahu bahawa jika unit keluarga secara haram memasuki AS, mereka mungkin akan dibebaskan ke pedalaman,” katanya dalam satu kenyataan.

Pentadbiran berpendapat bahawa anggota keluarga memahami jika mereka memasuki AS dan ditangkap, mereka boleh mengisytiharkan diri mereka sedang pencari suaka dan mendapat pembebasan di AS, sementara menunggu adjudikasi.

Jelasnya lagi, kebanyakan mereka yang memasuki AS secara haram, kini adalah dari Amerika Tengah, terutamanya El Salvador, Honduras Guatemala, menjadikan lebih sukar untuk menghantar mereka kembali ke negara asal daripada mereka yang berasal dari Mexico. – AFP