Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Jumlah pemimpin wanita di ASEAN masih rendah

    BANGKOK, 14 OKT – Anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu menggandakan usaha meningkatkan jumlah wanita dalam jawatan kepimpinan merentasi pelbagai lapisan masyarakat.

    Ini menurut laporan “Snapshot Data: Kepimpinan Wanita di Wilayah ASEAN” yang ditulis Wanita Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Kerajaan Kemboja selaku Pengerusi ASEAN.

    Laporan itu mendedahkan bahawa terdapat peningkatan pengiktirafan terhadap peranan wanita sebagai pemimpin dan ejen perubahan di rantau ASEAN.

    Bagaimanapun, laporan itu menegaskan bahawa usaha perlu dipergiat bagi mempromosikan peranan golongan itu dalam meningkatkan produktiviti, memperkukuh pemuliharaan ekosistem dan mewujudkan pembangunan yang lebih mampan dan inklusif.

    “Penyertaan dan kepimpinan wanita dalam tindak balas dan pemulihan COVID-19 boleh mengubah krisis semasa menjadi peluang untuk mewujudkan komuniti ASEAN yang lebih berdaya tahan,” menurut laporan itu.

    Menteri Hal Ehwal Wanita, Kemboja Dr Ing Kantha Phavi berkata mewujudkan kesaksamaan jantina adalah suatu bentuk pelaburan yang bijak.

    “Jawatan dalam kepimpinan dan kuasa membuat keputusan adalah penting untuk memastikan suara wanita didengari dan peranan mereka diiktiraf serta dimanfaatkan dalam sektor awam dan swasta ASEAN,” katanya.

    Sementara itu, Pengarah Wilayah, Wanita PBB di Asia dan Pasifik Sarah Knibbs berkata penglibatan lebih ramai wanita dalam kepimpinan adalah penting untuk menggalakkan pemulihan yang lebih saksama daripada wabak di negara ASEAN.

    Beliau berkata terdapat peningkatan terhadap pengiktirafan jantina dan peranan kritikal yang dimainkan oleh wanita dalam tindak balas terhadap COVID-19.

    “Kita perlu memastikan mereka mengambil bahagian dan memainkan peranan yang lebih besar terhadap pemulihan COVID-19,” katanya.

    Laporan itu memaklumkan pegangan saham bagi pengurus wanita meningkat dua peratus dalam tempoh 20 tahun, daripada 39 kepada 41 peratus pada 2020 manakala pegangan pengurusan kanan dan pertengahan berada pada kadar 26 peratus lebih rendah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...