Thursday, August 11, 2022
22.8 C
Brunei

Jumlah penduduk asli meningkat 25 peratus

-

SYDNEY, 28 JUN – Mengikut perkiraan banci terkini Australia yang diterbitkan hari ini mendapati jumlah penduduk yang dikenal pasti sebagai Aborigin atau Torres Strait Islanders meningkat 25 peratus sejak perkiraan terakhir lima tahun lalu.

Banci 2021 menunjukkan 812,728 orang dikenal pasti sebagai penduduk asli, daripada keseluruhan 25 juta orang penduduk.

David Gruen, ketua statistik di Biro Statistik Australia, berkata pertumbuhan itu bukan hanya disebabkan oleh lebih ramai kelahiran, malah ‘peningkatan jumlah orang yang kenal pasti akan salah silah diri mereka’.

Sebahagian besar peningkatan itu ialah kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah, namun Gruen turut memberitahu ia ‘sangat menggalakkan’ untuk melihat peningkatan dalam mengenal pasti penduduk melebihi usia 65 tahun.

Andrew Taylor dari Universiti Charles Darwin berkata apabila ia berkaitan dengan persoalan mengubah identiti, ‘terdapat kekurangan penyelidikan kerana ia adalah topik yang sensitif’.

Walaupun identiti seseorang itu adalah pilihan yang kompleks dan bersifat peribadi, anjakan demografi serupa juga boleh direkodkan dalam populasi penduduk asli di negara lain seperti Kanada, ujar Taylor.

Taylor yakin ramai yang mengakui ‘Permohonan Maaf Negara’ 2010 kepada kanak-kanak yang dipisahkan daripada keluarga mereka ‘membantu untuk meningkatkan perasaan bangga dalam sejarah penduduk asli dan perasaan kepunyaan’. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Virus Langya jangkiti 35 individu di China

BEIJING, 10 OGOS – Saintis-saintis telah mengesan virus baharu yang dikatakan berasal dari haiwan di timur China yang telah menjangkiti puluhan orang, lapor BBC...
- Advertisment -