Jumlah penghantaran tempahan pesawat Airbus menurun

TOKYO, 9 SEPT – Pengilang pesawat Airbus Eropah pada Ogos sekadar mengeluarkan 39 pesawat untuk pelanggan di seluruh dunia, menurun sebanyak 10 berbanding bulan sebelumnya, lapor agensi berita Xinhua.

Daripada jumlah itu, 35 pesawat A320 termasuk A321neo untuk Gulf Air, dua A330 termasuk A330-900 dihantar kepada Portugis Orbest, dan dua pesawat A350.

Sementara itu, syarikat berkenaan mendaftarkan satu pesanan baharu pada Ogos tanpa pembatalan, menjadikan jumlah keseluruhan tempahan tahun ini sebanyak 303 pesawat.

Disebabkan penurunan ketara jumlah lalu lintas udara akibat pandemik COVID-19, banyak syarikat penerbangan merancang menerima tempahan kemudian. Bagaimanapun, Airbus setakat ini dapat mengelakkan pembatalan – hanya satu tempahan pesawat dibatalkan pada Jun.

Pada suku pertama tahun ini, sebanyak 66 tempahan pesawat dibatalkan, tetapi ia tidak mempunyai kaitan dengan pandemik, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Guillaume Faury. – Bernama

Gambar fail menunjukkan sebuah pesawat Airbus A319 dilihat berada di landasan Lapangan Terbang Blagnac, dekat Toulouse. Pengilang pesawat Airbus Eropah pada Ogos sekadar mengeluarkan 39 pesawat untuk pelanggan di seluruh dunia, menurun sebanyak 10 berbanding bulan sebelumnya. – AFP