Jumlah rasmi korban COVID-19 masih diragui

NEW DELHI, 12 MEI – Jumlah kematian koronavirus India telah mencecah 250,000 hari ini namun perbandingan data rasmi daripada mereka yang berada di barisan hadapan mengatakan jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.

Di seluruh negara itu, gelombang COVID-19 telah mengatasi hospital-hospital dengan para pesakit dan krematorium dipenuhi mayat serta kebanyakan kematian akibat koronavirus tidak direkodkan dengan betul.

Pakar-pakar berkata kiraan jumlah rasmi korban suku juta itu sebahagian besarnya tidak dilaporkan sepenuhnya.

“Mungkin dianggarkan tiga atau empat kali ganda,” kata Anant Bhan, seorang penyelidikan bebas bagi dasar kesihatan dan bioetika memberitahu AFP.

Imej-imej dari krematorium yang dipenuhi, kubur, malah unggun pengebumian sementara telah mencerminkan skala krisis. Mayat-mayat yang disyaki mangsa COVID-19 juga dilihat timbul di sungai Ganges.

Pihak berkuasa di utara India berkata mereka telah memasang jaring di seluruh sungai tersebut selepas puluhan mayat dipercayai korban COVID-19 telah dihanyutkan.

Penemuan 71 mayat di negeri Bihar mencetuskan kebimbangan virus itu mengganas di kawasan pedalaman India.

Penduduk mengatakan kepada AFP, ahli keluarga mungkin mengebumikan mayat-mayat itu di sungai kerana mereka tidak dapat membiayai kayu bagi upacara pembakaran mayat atau krematorium mungkin telah dipenuhi. – AFP

Sukarelawan membawa mayat kanak-kanak yang meninggal dunia akibat koronavirus di tapak krematorium, New Delhi pada 12 Mei. – AFP