Jumpa ikan wajah manusia

YUNAN, 11 NOV – Seorang pengunjung di bandar Kunming, wilayah Yunan, China terkejut apabila menjumpai seekor ikan menyerupai wajah manusia.

Menurut laporan media tempatan dan gambar yang dikeluarkan Daily Mail (bawah), ikan luar biasa itu ditemui oleh pengunjung di Kampung Miao dan sempat merakam kelibat ikan itu ketika menghampiri tebing tasik tersebut. Video rakaman durasi 15 saat itu dimuat naik di Facebook In The Know Reports hingga tular di laman sosial.

Difahamkan ikan jenis Kap itu memiliki corak berbeza daripada ikan yang lain hingga membuatkan pengunjung teruja. Rakaman juga dimuat naik di Weibo hingga mendapat pelbagai reaksi warganet. – Agensi