Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumpa makhluk aneh?

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept 2012 – Seorang lelaki berusia 38 tahun yang telah hilang dalam hutan selama sembilan hari sejak 29 Ogos lalu di Hutan Benutan yang terkenal di kalangan penduduk kampung sebagai kawasan lindungan makhluk halus, telah ditemui semula dalam keadaan selamat.

    Menurut mangsa, Mohd Azril, semasa sesat dia telah melalui beberapa pengalaman termasuk bertemu dengan makhluk seperti manusia yang kelihatan seperti lelaki, tetapi matanya sepet dan muka mereka adalah licin tanpa kening mata.

    Dia juga melihat dan terdengar banyak bunyi lain, yang dia percaya adalah makhluk hutan.

    Menurutnya lagi, dia memasuki hutan itu untuk berjalan-jalan, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

    Selepas mendapati dirinya sesat, dia terpaksa meminum air tanah, yang menyebabkan dia mengalami sembelit.

    Dia tidak makan apa-apa kerana kurang peralatan dan tidak adanya buah-buahan yang boleh dimakan di kawasan itu.

    Sepanjang tempoh mencari dan menyelamat, dia hanya melihat helikopter terbang di atas tetapi tidak menjerit kerana helikopter itu terlalu jauh dan meragui dirinya dapat didengar kerana dikelilingi hutan tebal.

    Menurut kakitangan menyelamat, mereka berusaha mencarinya dengan anjing pengesan tetapi kabus tebal mengelirukan mereka. Menurut mereka, ia mungkin disebabkan hujan.

    Mohd Azril berkata dia gagal mencari jalan keluar dan berasa lega apabila pasukan penyelamat berjaya menemuinya kira-kira pukul 10:45 pagi.

    Ketika operasi mencari, upacara agama dan ritual agama kaum Iban turut diadakan.

    Walaupun dia hilang selama lapan hari, harapan untuk menemui Mohd Azril adalah cerah kerana mengikut seorang bijaksana, dia masih hidup.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda