Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Jung Chae Yeon alami kecederaan patah tulang selangka

    Pelakon Jung Chae Yeon mengalami kecederaan patah tulang selangka selepas dia terjatuh dari tangga ketika di set penggambaran drama berjudul The Golden Spoon pada 10 September lalu.

    Akibat kejadian tersebut, Chae Yeon telah dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan pada 13 September selain menjalani rawatan lain bagi mengenali pasti sekiranya terdapat sebarang kerosakan ligamen.

    Ketika dibawa ke hospital, doktor turut memaklumkan Chae Yeon mengalami gegeran pada bahagian otak namun ia tidak serius. Anggota kumpulan Dia itu sempat meninggalkan mesej buat peminat sebelum menjalani pembedahan memaklumkan dirinya dalam keadaan stabil dan meminta orang ramai tidak bimbang.

    “Saya tahu awda semua risau jadi saya tinggalkan pesanan ini. Saya akan pulih selepas menjalani pembedahan. Jangan risau.

    “Saya akui agak gementar, tetapi saya okey. Saya sihat sahaja melainkan sakit pada bahagian bagu dan tengkuk. Gegaran pada otak dah hilang. Kepala saya okey sekarang,” katanya. – Agensi

    Akibat terjatuh dari tangga di set penggambaran, Chae Yeon telah dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...