Jung Ho Yeon tak sangka ramai bintang Hollywood ‘layan’

Populariti dan nama model, Jung Ho Yeon melonjak naik selepas membintangi drama siri popular Squid Game.

Menerusi temu bual bersama majalah Cosmopolitan, Jung Ho Yeon mengakui dia berasa terkejut apabila mengetahui ramai selebriti kesukaannya turut menonton drama itu.

Lebih mengujakan apabila selebriti Hollywood terkenal iaitu The Weeknd dan Zendaya juga mengikutinya di laman Instagram.

“Saya sangat terkejut apabila ramai personaliti yang saya suka dan hormat menonton Squid Game. Saya ada muat naik semula perkongsian The Weeknd.

“Menariknya dia pun berkongsi semula posting saya. Malah, saya rasa teruja apabila Zendaya turut mengikuti saya di Instagram,” katanya.

Dalam pada itu, Jung Ho Yeon yang juga model di New York meluahkan hasrat untuk bekerjasama dengan beberapa selebriti terkenal.

“Selepas ini, saya nak bekerjasama dengan Hirokazu Koreeda, Paul Thomas Anderson, Quentin Tarantino dan Bong Joon Ho,” ujarnya. – Agensi

Populariti dan nama model, Jung Ho Yeon melonjak naik selepas membintangi drama siri popular berjudul Squid Game. – Agensi