Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Jungels tawan perlumbaan di Alpine

    CHATEL, PERANCIS, 11 JULAI – Bob Jungels dari Luxembourg berjaya meraih kemenangan di peringkat sembilan Tour de France kelmarin apabila dia mengatasi Thibaut Pinot dalam perlumbaan sejauh 192km merentasi Switzerland ke sempadan Perancis.

    Manakala itu, juara bertahan, Tadej Pogacar membuat pecutan lewat untuk mendahului beberapa pelumba yang lain. Walau bagaimanapun, atlet Slovenia tersebut sekadar hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

    Pogacar walau bagaimanapun, tetap memberi pujian kepada pasukan Emirates UAEnya sebagai yang terkuat di jelajah itu selepas mereka bersamanya sepanjang hari bagi membantu dalam persediaan pecutan lewatnya.

    Sementara itu, Jungels sebelum ini pernah memenangi perlumbaan Liege-Bastogne-Liege, tetapi telah dirundung kekecewaan dengan prestasi buruk sejak beberapa tahun kebelakangan disebabkan masalah kesihatan.

    Andy Schleck merupakan peserta terakhir dari Luxembourg yang memenangi peringkat Tour de France pada 11 tahun yang lalu.

    Perlumbaan kelmarin merangkumi pendakian lebih 40km menuju ke pergunungan Alps dan melepasi kediaman lama Charlie Chaplin di Vevey di pantai utara Tasik Geneva.

    Jungels menempuhi perlumbaan sejauh 62km secara bersendirian selepas beraksi secara solo daripada pelarian awal.

    Kira-kira 20km dari garisan penamat di pusat peranginan ski La Port de Soleil di sempadan Perancis, peserta dari Perancis, Pinot hampir-hampir mengatasinya selepas mendahului dua minit di hadapan namun menyerah tidak lama kemudian.

    Jonathan Castroviejo dari Ineos Grenadiers akhirnya menduduki tempat kedua dengan Carlos Verona dari Movistar ketiga dan Pinot di tempat keempat. – AFP

    Bob Jungels (tengah) meraikan kejayaan di atas podium selepas memenangi peringkat kesembilan dalam perlumbaan berbasikal Tour de France edisi ke-109 kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...