Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Jungkook BTS, Charlie Puth bakal lancar lagu baharu bersama

    Berita gembira buat peminat penyanyi Charlie Puth dan Jungkook (BTS) apabila lagu duet dua selebriti terkenal itu berjudul Left and Right akan dilancarkan tidak lama lagi.

    Menerusi laporan Soompi, akaun rasmi laman sosial kumpulan K-pop terkenal BTS dan Charlie Putt mengesahkan lagu kerjasama mereka itu akan dilancarkan pada 24 Jun ini.

    Malah, menerusi perkongsian itu juga, mereka turut memuat naik beberapa foto untuk lagu terbaharu mereka.

    Rata-rata peminat Jungkook dan Charlie teruja menantikan kerjasama dua selebriti terkenal itu untuk lagu duet buat kali pertama.

    Pada 16 Jun lalu, Charlie mengumumkan bahawa dia dan Jungkook bekerjasama dalam satu lagu baharu berjudul Left and Right.

    Untuk rekod, Jungkook dan Charile pernah bekerjasama untuk persembahan istimewa di MBC Plus X Genie Music Awards di Korea pada 2018. – Agensi

    Charlie dan Jungkook tampil dengan lagu duet buat pertama kali.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...