Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Jungkook BTS dipilih penyanyi runut bunyi

    Penyanyi yang juga merupakan ahli kumpulan BTS, Jungkook dilaporkan bakal membuat persembahan di acara pembukaan Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.

    Memetik laporan Soompi, pengumuman tersebut telah pun dibuat secara rasmi oleh pihak BTS pada Sabtu.

    Jungkook, 25, dikatakan akan ‘meminjamkan’ suaranya untuk runut bunyi Piala Dunia yang akan datang, sekali gus membuat persembahan di acara pembukaan yang berlangsung akhir bulan ini.

    Pihak pengurusannya, Big Hit Music berkongsi rasa bangga apabila Jungkook diumumkan sebahagian daripada penyanyi runut bunyi Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

    “Kami berbangga untuk mengumumkan bahawa Jungkook adalah sebahagian penyanyi runut bunyi Piala Dunia FIFA Qatar dan akan membuat persembahan di acara perasmian.

    Jungkook antara selebriti terpilih membuat persembahan di Qatar. – Agensi

    Nantikan!” katanya.

    Berita gembira itu disambut baik oleh kelab peminat BTS, ARMY yang rata-ratanya berbangga melihat artis pujaan mereka bakal beraksi di pentas pembukaan Piala Dunia 2022.

    “Jungkook akan membuat persembahan di acara pembukaan Piala Dunia Qatar! Kami sangat bangga dengan awda.

    “Ini adalah satu momen besar untuknya. Jungkook baru berusia 25 tahun dan sudah mempunyai prestasi terbaik tampil dalam acara pembukaan sukan terbesar,” tulis warganet.

    Untuk info, acara pembukaan Piala Dunia FIFA 2022 dijadualkan berlangsung pada 20 November waktu tempatan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...