Junho beri kejutan untuk Song Ji Hyo

Pelakon Song Ji Hyo berterima kasih kepada ahli kumpulan 2PM iaitu Junho yang memberikan hadiah trak kopi ke set penggambaran drama lakonannya, Was It Love?.

Song Ji Hyo menerusi laman Instagram miliknya berkata dia akan sentiasa menyokong Junho dan meluahkan hasrat ingin bertemu dengan penyanyi itu selepas tamat penggambaran.

“Kepada Junho, terima kasih, terima kasih sangat sebab menghantar trak kopi di set penggambaran drama Was It Love?! Terima kasih kepada trak kopi yang datang dari jauh.

“Semua kru produksi drama ini menikmati air kopi yang segar. Saya sentiasa menyokong anda, Junho. Jumpa anda selepas habis penggambaran,” kata Song Ji Hyo.

Pada tahun lalu, Song Ji Hyo juga turut pernah menghadiahkan sebuah trak kopi kepada Junho yang ketika itu sedang menjalani satu penggambaran drama berjudul Confession. – Agensi

Song Ji Hyo menerima hadiah trak kopi daripada Junho di set penggambaran drama lakonannya, Was It Love?. – Agensi