Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Junta akan laksana hukuman mati pertama

    YANGON, 3 JUN – Junta Myanmar akan menjalankan hukuman mati ke atas seorang bekas anggota parti Aung San Suu Kyi dan seorang aktivis demokrasi terkenal, kedua-duanya disabit bersalah bagi pengganasan, dalam pelaksanaan hukuman mati pertama negara itu sejak 1990, seorang jurucakap memberitahu AFP hari ini.

    Empat orang, termasuk bekas MP Phyo Zeya Thaw dan aktivis demokrasi Ko Jimmy, “yang dijatuhi hukuman mati akan dihukum gantung mengikut prosedur mahkamah”, Zaw Min Tun memberitahu AFP.

    Junta telah menghukum mati berpuluh-puluh aktivis anti pemberontakan sebagai sebahagian daripada tindakan kerasnya ke atas penentang selepas merampas kuasa tahun lalu, tetapi Myanmar telah tidak melaksanakan hukuman mati selama berdekad-dekad.

    Phyo Zeya Thaw, bekas ahli Liga Demokrasi Nasional (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi yang ditahan pada November, telah dijatuhi hukuman mati pada Januari bagi kesalahan di bawah undang-undang anti pengganasan.

    Aktivis demokrasi terkenal Kyaw Min Yu, lebih dikenali sebagai Jimmy’, juga menerima hukuman sama daripada tribunal tentera.

    “Mereka meneruskan proses rayuan dan menghantar surat permohonan bagi pindaan hukuman tersebut,” kata jurucakap junta, Zaw Min Tun.

    “Tetapi mahkamah menolak rayuan dan permohonan mereka. Tiada langkah lain selepas itu,” tambahnya. – AFP

    Gabungan gambar yang dikeluarkan oleh Pasukan Maklumat Tentera Myanmar pada 21 Januari 2022 menunjukkan Kyaw Min Yu dan Phyo Zeya Thaw yang akan menjalani hukuman mati dalam pelaksanaan hukuman mati pertama Myanmar bagi tempoh berdekad-dekad. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...