Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Junta Burkina umum zon tentera

    OUAGADOUGOU, 21 JUN – Junta pemerintah Burkina Faso mewujudkan dua buah zon tentera di utara dan timur iaitu tempat perlindungan yang terkenal untuk pejuang jihad di mana ‘kehadiran manusia dilarang masuk’, menurut pengumuman tentera tersebut kelmarin.

    Keputusan itu dibuat pada majlis pertahanan yang diadakan kelmarin oleh ketua junta, Leftenan Kolonel Paul-Henri Sandaogo Damiba bagi membincangkan ‘keadaan keselamatan yang membimbangkan’ negara.

    “Majlis memutuskan untuk mewujudkan dua buah zon kepentingan ketenteraan di wilayah Timur dan (utara) Sahel,” kata ketua operasi domestik, Leftenan Kolonel Yves Didier Bamouni.

    Bamouni berkata, tujuannya adalah untuk memudahkan memerangi “hidra pengganas.”

    Kawasan yang dimaksudkan adalah di wilayah utara Soum bersempadan dengan Mali, dan kawasan rizab semula jadi yang dilindungi antara Pama dan Taman Negara “W” di timur.

    Susulan itu, semua aktiviti orang ramai dan kehadiran manusia akan diharamkan daripada memasuki zon berkenaan. Sesiapa yang melanggar larangan itu akan berisiko mendedahkan diri mereka ‘kepada operasi ketenteraan yang akan dijalankan di sana tidak lama lagi’, kata Bamouni. – AFP

    Seorang lelaki memegang potret Lt. Kol. Paul Henri Sandaogo Damiba yang telah mengambil alih tampuk pemerintahan Burkina Faso, di Ouagadougou. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...