Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Junta gantung kebenaran perjalanan pekerja bantuan

    BANGKOK, 9 JUN – Junta Myanmar telah menggantungkan kebenaran perjalanan bagi pekerja bantuan yang cuba mencapai ratusan ribu penduduk di wilayah Rakhine yang dilanda siklon, menurut pejabat hal ehwal kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

    Siklon Mocha membawa hujan dan angin selaju 195 kilometer sejam ke Myanmar dan jirannya Bangladesh bulan lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 148 orang di Myanmar.

    Siklon itu memusnahkan rumah-rumah dan membawa ribut ke wilayah Rakhine, di mana ratusan ribu orang pelarian minoriti Rohingya tinggal di kem pelarian selepas konflik etnik berdekad-dekad.

    Pihak berkuasa junta minggu ini menggantungkan ‘kebenaran perjalanan sedia ada bagi pertubuhan kemanusiaan,” kata Pejabat bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB dalam satu kenyataan.

    Rancangan untuk mengagihkan bantuan untuk bandar yang terjejas oleh siklon yang sebelum ini diberikan kebenaran oleh junta juga telah ditarik balik, tambah kenyataan itu.

    Seorang wanita duduk di luar rumahnya yang rosak teruk akibat Siklon Mocha di kem pelarian Basara, Myanmar. – AFP

    Sekatan itu akan menyebabkan ‘penangguhan bagi aktiviti-aktiviti yang cuba mencapai ratusan ribu orang,’ menurut kenyataan. AFP telah menghubungi jurucakap junta untuk mendapatkan ulasan.

    Media tempatan melaporkan bahawa penggantungan perjalanan dikenakan untuk kumpulan kemanusiaan yang bekerja di wilayah Rakhine.

    Bulan lalu, PBB melancarkan rayuan bagi dana kecemasan bernilai AS$333 juta untuk 1.6 juta orang di Myanmar yang dikatakan terkesan oleh ribut.

    Selepas siklon Nargis yang mengorbankan sekurang-kurangnya 138,000 jiwa di Myanmar pada 2008, junta yang memerintah ketika itu didakwa menghalang bantuan kecemasan dan pada mulanya enggan memberikan akses untuk petugas kemanusiaan dan bekalan.

    Media milik negara pada bulan lalu melaporkan bahawa bantuan yang ditawarkan oleh komuniti antarabangsa telah diterima. Wilayah Rakhine menempatkan kira-kira 600,000 etnik Rohingya, yang dianggap sebagai penceroboh dari Bangladesh, dan dinafikan kewarganegaraan dan kebebasannya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...