Sunday, March 26, 2023
24.5 C
Brunei

-

Junta Myanmar bayangkan penangguhan pilihan raya

YANGON, 10 MAC – Myanmar akan mengadakan bancian kebangsaan lewat tahun depan, lapor media kerajaan hari ini, membayangkan satu lagi kelewatan dalam pilihan raya yang junta janjikan bagi menamatkan krisis yang dicetuskan oleh rampasan kuasa.

“Banci akan diambil serentak di seluruh negara” dari 1 hingga 15 Oktober 2024, menteri imigresen dan penduduk, U Myint Kyaing dilaporkan sebagai ber-kata oleh Global New Light of Myanmar.

Ketua Junta, Min Aung Hlaing sebelum ini berkata, bancian kebangsaan akan diperlukan untuk memastikan senarai pengundi di negara yang mempunyai kira-kira 54 juta itu adalah ‘tepat’, mencadangkan bahawa bancian akan mendahului sebarang pilihan raya.

Beliau juga berkata pemilihan baharu hanya boleh diadakan apabila negara itu “stabil”. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -