Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Junta Myanmar gubal undang-undang daftar parti

    BANGKOK, 29 JAN – Kerajaan Myanmar, yang dikawal oleh tentera, telah menggubal undang-undang baharu mengenai pendaftaran parti politik yang akan menyukarkan parti pembangkang untuk memberikan tentangan serius kepada calon yang disokong oleh tentera dalam pilihan raya umum, yang bakal diadakan penghujung tahun ini.

    Undang-undang baharu, yang diterbitkan pada Jumaat oleh akhbar Myanma Alinn yang diuruskan oleh kerajaan, menetapkan dana dan jumlah ahli minimum bagi parti yang bertanding dalam pilihan raya.

    Ia juga mengharamkan penyertaan parti atau calon yang dianggap melanggar undang-undang atau mempunyai kaitan dengan pertubuhan yang diisytiharkan oleh kerajaan tentera sebagai kumpulan pengganas.

    Tentera merampas kuasa pada Februari 2021 daripada kerajaan Aung San Suu Kyi yang dilantik, menahannya dan ahli-ahli kanan parti Liga Demokrasi Kebangsaan, yang menang besar dalam penggal kedua pada pilihan raya umum November 2020.

    Pasukan keselamatan menindas penentang yang membantah pengambilalihan tentera secara kekerasan, membunuh hampir 2,900 orang awam dan menahan ribuan lainnya yang terlibat dalam bantahan aman. Tindakan keras mencetuskan penentangan bersenjata di sebahagian besar negara itu.

    Kerajaan tentera menganggap pertubuhan utama yang menentang pemerintahnya adalah kumpulan ‘pengganas’ dan berkomunikasi dengan mereka dikira sebagai haram.

    Undang-undang baharu itu memberikan parti-parti masa dua bulan untuk membuat pendaftaran semula dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan dan berkata parti yang gagal berbuat demikian adalah ‘tidak sah secara automatik’ dan dianggap dibubarkan.

    Parti-parti yang bertanding perlu mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 orang ahli dalam tempoh tiga bulan selepas didaftarkan, yang mana ia 100 kali ganda lebih tinggi daripada tahap minimum yang ditetapkan oleh undang-undang pada pilihan raya 2020. – AFP

    Ketua tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing semasa menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Moscow IX 23 Jun 2021. Kerajaan Myanmar telah menggubal undang-undang pendaftaran parti politik menjelang pilihan raya umum hujung tahun ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...