Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Junta Myanmar penjarakan pembuat filem Jepun

    YANGON, 6 OKT – Junta Myanmar menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas pembuat filem Jepun, lebih dua bulan selepas dia diberkas ketika merakamkan protes antikudeta, kata seorang jurucakap tentera hari ini.

    Junta telah mengekang kebebasan media sejak rampasan kuasanya tahun lalu, memberkas wartawan dan jurugambar serta menarik balik lesen penyiaran ketika negara itu terjerumus ke dalam kekacauan.

    Toru Kubota, 26, ditahan berhampiran rapat umum antikerajaan di hab komersial Yangon dalam Julai bersama dua orang warga Myanmar.

    Dia dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kelmarin kerana mencabuli undang-undang melibatkan penyebaran maklumat yang menjejaskan keselamatan dan keamanan serta kedamaian negara, kata jurucakap junta dalam satu kenyataan.

    Ia menambah bahawa Kubota juga dikenakan hukuman penjara tiga tahun kerana menggalakkan penentangan terhadap tentera – satu dakwaan yang digunakan secara meluas dalam tindakan keras.

    Hukuman itu akan dijalankan serentak, kata junta. – AFP

    Orang ramai berjalan di hadapan pintu masuk penjara Insein di Yangon, 6 Okt. Junta Myanmar telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas pembuat filem Jepun, Toru Kubota. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...