Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Junta seru rundingan damai bersama etnik pemberontak

    YANGON, 22 APRIL – Ketua junta Myanmar hari ini menyeru rundingan damai bersemuka bersama kumpulan etnik pemberontak, ketika pihak tentera bergelut untuk menghapuskan militan anti-junta yang berjuang menentang rampasan kuasa.

    Myanmar mempunyai kira-kira 20 kumpulan etnik pemberontak – yang mengawal sebahagian besar wilayah sempadan terpencil – yang berperang sesama sendiri dan tentera selama berdekad-dekad bagi mengawal perdagangan dadah, sumber asli dan autonomi.

    Sebahagiannya mengecam pen-yingkiran kerajaan Aung San Suu Kyi dan menawarkan pelindungan dan latihan bersenjata kepada People’s Defense Force (PDF) yang ditubuhkan sejak rampasan kuasa dan penganalisis berkata ia telah mengejutkan tentera dengan keberkesanannya.

    “Saya menjemput pemimpin-pemimpin kumpulan etnik bersenjata untuk menghadiri dialog,” kata ketua junta, Aung Hlaing kepada media negara, menyeru wakil-wakil untuk mendaftar sebelum 9 Mei dan menambah dia akan bertemu mereka secara bersemuka.

    “Kami akan mengadakan perbincangan secara telus dan terbuka…demi rakyat untuk menikmati keamanan dan pembangunan,” katanya, tanpa memberikan tarikh bagi rundingan yang dicadangkan.

    Seruan tersebut dibuat di tengah-tengah pertelingkahan antara tentera junta dan kumpulan PDF, sebilangan berjuang bersama-sama kumpulan etnik di kawasan sempadan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...