Junta Thailand digesa tarik balik larangan politik

BANGKOK, 13 Sept – Pembangkang Thailand yang digulingkan hari ini menyeru junta tentera yang memerintah untuk menarik balik larangan politik ketika negara Gajah Putih itu mendekati pilihan raya pertama sejak rampasan kuasa pada 2014.

Raja Maha Vajiralongkorn mengesahkan dua rang undang-undang yang memansuhkan rintangan birokrasi pengundian yang telah dijanjikan dan ditangguhkan selama bertahun-tahun oleh junta Rabu lalu. Pilihan raya perlu diadakan pada Mei tahun depan.

Pengkritik junta ingin mengadakan pertemuan politik yang telah diharamkan sejak rampasan kuasa empat tahun lalu, di mana Puea Thai yang diketuai oleh Yingluck Shinawatra dan perdana menteri wanita pertama Thailand telah digulingkan.

“Kami menuntut junta untuk menarik balik larangan aktiviti politik secepat mungkin,” kata Pichai Naripthaphan, mantan menteri kabinet Yingluck kepada AFP.

“Ketika negara menuju pilihan raya umum, kita perlu mewujudkan suasana yang baik supaya orang ramai dapat menyatakan pendapat mereka.”

Pichai berkata, tarikh pilihan raya pada 24 Februari sudah nampak pasti selepas seorang tokoh kanan junta membuat pengumuman, namun beliau menyelar Majlis Kebangsaan untuk Perintah Keamanan (NCPO) atau nama politik kerajaan junta kerana menangguhkannya lagi.

“Sekiranya NCPO menangguhkannya lagi, akan ada tekanan tempatan dan antarabangsa,” Pichai memberi amaran.

Puea Thai yang bergabung dengan klan Shinawatra, sebuah keluarga politik yang kuat dan kaya di mana parti dan proksinya memenangi setiap pilihan raya umum Thailand sejak 2001. – AFP