Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juri masih waswas

    MELBOURNE, Australia, 22 Jun – Pihak juri di Melbourne tidak dapat membuat keputusan hari ini sama ada dari segi mental seorang lelaki itu layak untuk dibicarakan atas dakwaan dia telah membunuh enam orang dengan memandu keretanya dan merempuh orang ramai pada waktu makan tengah hari di bandar kedua terbesar Australia itu.

    Juri Mahkamah Tinggi negeri Victoria telah mendengarkan bukti pakar yang bercanggah berhubung keadaan mental James ‘Dimtrious’ Gargasoulas. 12 orang juri telah membuat pertimbangan hampir empat hari sebelum melaporkan mereka tidak dapat mencapai keputusan sepakat.

    Hakim Lex Lasry telah mengeluarkan mereka, dengan mengatakan juri baharu terpaksa dipilih.

    “Terdapat di kalangan kamu yang mempunyai pandangan yang kuat dan kamu di pihak yang betul untuk tidak bertolak ansur,” Lasry memberitahu para ahli juri. “Keadaan sebegini boleh berlaku.”

    Tragedi itu berlaku di tengah kebimbangan sejagat para pelampau yang menggunakan kenderaan untuk menyerang orang ramai, ekoran serangan lori di Berlin dan Nice, Perancis. Tetapi pihak polis berkata kejadian di Bourke Street tidak ada kaitannya dengan serangan pengganas.

    Dua orang pakar jiwa memberitahu mahkamah lelaki berusia 28 tahun itu tidak layak untuk dibicarakan, tetapi seorang pakar jiwa tidak menyetujuinya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda