Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Juri puji persembahan Sissy, Naim

    Juri tetap Famili Duo, Mas Idayu tidak lagi merajuk apabila memberi ulasan persembahan Naim Daniel dan Sissy Imann di pentas akhir musim kedua Famili Duo yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi.

    Malah, Mas Idayu yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila teguran terhadap Sissy dikatakan ‘keras’ hingga gadis terbabit dipercayai tersinggung, memuji aksi Sissy dan Naim yang mendendangkan lagu Sumpah.

    “Persembahan Naim dan Sissy adalah yang terbaik daripada keseluruhan persembahan sepanjang bertanding dalam program ini.

    “Pembahagian dalam sudut harmoni juga baik. Sebelum ini, dua-duanya bagus dari awal lagi.

    “Tetapi sekarang awak berdua membuat ‘comeback’ dengan bagus, nyanyian pun bagus.

    Hanya pada minggu keenam saja persembahan awda tidak seberapa,” katanya ketika mengulas persembahan Sissy dan Naim di pentas akhir Famili Duo, malam tadi.

    Minggu lalu, Mas Idayu mendiamkan diri ketika Naim dan Sissy beraksi.

    Pentas akhir Famili Duo menyaksikan pertarungan empat pasangan. Selain Naim dan Sissy, turut bersaing adalah Bella Astilla dan Wani Kayrie; Yamani Abdillah dan Zaki Yamani serta Ayda Jebat dan Fyna Jebat. – Agensi

    Mas Idayu memuji aksi Sissy dan Naim yang mendendangkan lagu Sumpah di pentas akhir Famili Duo, malam tadi. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...