Jurufoto namakan anak jenama kamera

NEW DELHI, 16 JULAI – Gara-gara terlampau obsesi dengan kamera, seorang lelaki menamakan tiga anaknya dengan jenama terkenal produk itu iaitu Canon, Nikon dan Epson.

Menurut laman sesawang MyMetro yang memetik Oddity Central, lelaki bernama Ravi Hongal, 49, turut menetap di rumah tiga tingkat dengan reka bentuk kamera gergasi.

Difahamkan, Ravi jurugambar profesional dari Belgaum, India dan tampil dengan idea unik bagi menunjukkan minat mendalamnya dalam seni fotografi.

Ravi turut membelanjakan wang yang besar untuk mengubah suai rumah dengan reka bentuk lensa kamera dan kad SD gergasi. – Agensi