Jurugambar Myanmar menang anugerah Bayeux

PERANCIS/MYANMAR, 10 OKT – Anugerah Wartawan Perang Bayeux yang berprestij, semalam, telah mengiktiraf karya pelbagai wartawan antarabangsa termasuk pemberita veteran dan buat pertama kalinya, seorang jurugambar Myanmar yang tidak disebutkan namanya.

Juri setuju sebulat suara untuk menganugerahkan hadiah jurugambar kepada calon Myanmar berkenaan, pengerusi anugerah berkenaan, Manoocher Deghati memberitahu AFP.

Juri ingin mengetengahkan keadaan di mana jurugambar-jurugambar muda bekerja di Myanmar, kata Deghati yang terpaksa melarikan diri ke Iran pada 1985 selepas menerima ancaman bunuh.

Karya jurugambar berkenaan di samping beberapa jurugambar Myanmar lain, dipamerkan di Bayeux, bandar utara Perancis yang menganjurkan anugerah berkenaan. – AFP